Tuesday, July 1, 2008

Renungan Bersama

"Tidak engkau mencintai sesuatu

melainkan pasti engkau menjadi hamba

daripada apa yang engkau cintai itu,

dan Allah tidak suka bila engkau menjadi

hamba sesuatu selain daripada-Nya"


Pesan Lukmanul Hakim:

Janganlah engkau menelan sahaja

kerana manisnya sisa-sisa makanan,

dan janganlah memuntahkan sahaja

kerana pahitnya sisa-sisa makanan itu,

kerana manisnya belum tentu kesegaran

dan pahit belum tentu menimbulkan kesengsaraan


"Jika ada yang memintaKASIHmu,

katakan ia hnya pada ALLAH SWT..

jika ada yang meminta CINTAmu,

katakan ia hanya pada RASULULLAH SAW..

jika ada yang meminta RINDU&SAYANGmu,

katakan ia hanya untuk KELUARGAMU..

jika ada yang meminta berada di HATImu,

berikan kepada insan yang

TAHU dan BENAR2 MENGHARGAIMU.."


"Yang paling jauh bukannya bintang,

mentari pun bukan juga rembulan,

tetapi adalah masa yang berlaludan tidak akan kembali lagi,

kelmarin yang luput menjadi secangkir kenangan

kelmarin yang terluput mengukir sesalan

yang ada hanya hari ini dan akan datang,

gunakanlah hari ini sebaik mungkin

kerana esok belum tentu milik kita

sedangkan semalam telah pergi buat selamanya"

--Imam Syafie--


Aku berdosa didalam syurga,

maka Allah keluarkan aku darinya

sedangkan umat Muhammad

berbuat dosa di luar syurga tetap

dimasukkan ke dalamnya jika bertaubat

--Nabi Adam--


Persahabatan apabila dikemudi dengan islam

dan layari dengan kasih sayang,

bersauhkankesabaran...Insya'Allah

tidak akan hilang andai muatannya adalah Iman....